Skip to main content

SL1M FAMILY


SL1M bukan sahaja dapat memperolehi banyak pembelajaran dan pengalaman, tetapi juga dapat mengenali sebuah keluarga yang besar. Banyak ragam-ragam serta perangai yang pelek2 dapat kita kenal. Dari seorang yang pendiam menjadi seorang yang riuh rendah...Pengalam ini tidak dapat dirasai oleh mana-mana pihak, kecuali ANDA sebahagian daripada keluarga SL1M. Banyak cerita duka lara dan sedih menjadi ikhtibar dan pengajaran buat kita semua. Tidak semua orang dilahirkan menjadi orang yang senang. Setiap daripada kita mesti bermatlamat untuk mengubah nasib keluarga. kan? betol tak? sama la dengan aku...

Aku disini bukan apa......Selain family yang jauh, family SL1M la tempat di mana, aku selalu mengadu sakit, cerita dan aktiviti seharian yang aku lalui. Bagi aku, mereka ini faham naluri dan perasaan aku, sebab mungkin kami satu SL1M.

Selepas aku tamat pengajian di Universiti, aku masih tidak dapat sebarang tawaran pekerjaan sehingg empat bulan aku duduk rumah tidak melakukan sebarang pekerjaan (gaji pun tidak ada). Suatu hari aku mula risau mengenai dengan diri aku (knp tidak dapat lagi pekerjaan). One days, aku dapat tahu SL1M akan mengadakan temuduga terbuka di Persada Johor, time tu aku sangat bersemangat untuk hadir program tersebut. Bagi aku ini adalah satu peluang yang patut aku try. Sebalum pergi temuduga tersebut, aku buat sedikit kajian dan survey melalui internet/ blog mengenai SL1M, kebanyakan mereka menceritakan pengalaman SL1M, tidak kurang keburukan SL1M. Bagi aku, "Engkau belum masuk lagi SL1M, tetapi engkau sudah buat andaian yang buruk2"...Ini tidak adil.!!!!.So, aku try laa.

Sewaktu dalam temuduga tersebut, aku sempat pergi beberapa GLC yang menawarkan SL1M. Salah satunya adalah Permodanan Nasional Berhad (PNB). Seriously masa itu aku tidak tahu menahu tentang PNB (sorry)..hihi...Banyak juga aku try. Setelah 2 minggu berlalu, aku mendapat tawaran SL1M daripada PNB...perh!!. Dia punya excited macam mahu beritahu satu kampung yang aku dapat SL1M (tp tidak la kan)..Aku membuat keputusan dan tidak memikir panjang  untuk ambil tawaran ini. Lantak la apa yang orang kata, janji RM1,500 tiap-tiap bulan aku dapat. hihihi

Sambungan.....




Comments

Popular posts from this blog

SOALAN YANG SERING DI TANYA

1. Apa itu SL1M? Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) merupakan peluang pekerjaan khas untuk graduan baru/menganggur. Program ini meningkatkan kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapatkan pekerjaan dengan kerjsama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR)  2. Apa syarat-syarat untuk menyertai SL1M? A- Graduan berwarganegara Malaysia B- Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan meneirma Ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan.  C- Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima D- Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dan ke atas E- Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan malaysia atau selain daripada kerajaan malaysia F- Keutamaan diberikan kepada graduan luar bandar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah 3....

Menu & Lokasi Makanan Yang Menarik diSekitar PNB

TOP 10 menu & lokasi yang menarik yang perlu PELATIH SL1M PNB cuba------Selamat Mencuba! 1) A yam Kunyit --- Food Court PNB Darby Park 2) Nasi Ayam special-- Food Court PNB Darby Park 3) Nasi Arab-- Bersebelahan Tabung Haji 4) Nasi Bawang-- Bersebelahan Tabung Haji 5) Nasi Kukus Ayam Berempah-- Food Court PNB Darby Park 6) Laksa Peneng-- Depan Bangunan Tabung Haji (food track) 7) Daging Black Paper-- Depan Bangunan Tabung Haji (food track) 8) Nasi Lemak-- Bersebelahan LRT Ampang Park dan berdekatan dengan CIMB   9) Nasi Goreng Special-- Tingkat 40 Menara PNB  10)  Tau Fu Fa-- Van Biskut depan pintu masuk Menara PN B

FEDERATION OF INVESTMENT MANAGERS MALAYSIA (FIMM)

Good Luck kepada semua calon FiMM yang mengambil test bagi SL1M PNB 2016/2017