Skip to main content

MENCARI PELUANG KERJA LAIN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini admin pergi kerja agak lambat tersedar daripada tidur pada jam 6.50 pagi. Lepas itu, admin lupa pula mengosok pakaian dan suboh agak terlewat. Pagi-pagi admin dah mandi peluh. Furh!!. (sabar-sabar). Post ini bukan  mahu cerita tetang admin TERbangun lewat, tetapi pentingnya disini adalah "MENCARI PELUANG KERJA LAIN" adakah ianya penting? 

Semanjak kebelakangan ini, admin selalu dengar rakan-rakan SL1M sering membincangkan dalam perbualan mereka mengenai tajuk ini dan membuatkan admin terasa seperti "kenapa aku masih berada disini lagi". aaaahhhh!.(stress). Adakah SL1M ini bagus dan menjamin masa hadapan serta memberi peluang pada kita? 

Setiap pada kita adalah berbeza. Berbeza darisegi apa? iaitu Pendapat, Pandangan dan Matlamat seseorang. Ramai yang menyertai SL1M merupakan pelajar yang baru sahaja graduate atau tamat pengajian mereka di Universiti. Pengalaman masih kurang dan belum tentu lagi bidang pengajian yang diambil di universiti di gunapakai dalam pekerjaannya nanti. Admin rasa hanya 40% sahaja digunakan, yang lain datangnya daripada experience dan pengalaman. 



Disini admin ingin membincangkan 3 perkara kenapa perlu mencari peluang kerja lain, wahal, SL1M masih berlangsung. Yang pertama adalah Pendapat, setiap orang memiliki pendapat yang berbeza. Pendapat akan memberi dan mendorong seseorang itu memberi perspective yang berlainan. Pendapat adalah hasil pemikiran atau anggapan sesorang daripada buah pemikiran mereka dalam hasil kajian yang dibuat. Bagi admin, SL1M ini adalah bagus dan memberi peluang para graduan untuk mendapatkan pengalaman. Tetapi sejauh mana graduan boleh tahan? Mungkin ramai yang mengatakan layanan diberikan terhadap SL1M adalah sama sahaja seperti budak pratikal. Betul ke tidak? Jawapannya adalah YA!!. sama sahaja. Cuma diatas sedikit rankingnya daripada budak pratikal. hahahaha.....Itu sebab ada yang tidak berpuas hati dengan perkara tersebut. Bagi mereka, SL1M perlu diberikan tugas yang mencabar seperti analysis..Wow!...hihi

Kedua adalah Pandangan. Pandangan merupakan satu penglihatan, di mana apa yang mereka lihat akan mendorong seseorang membuat analisis sesuatu perkara. Adakalanya mereka akan bercakap berpandukan hasil penelitian pandangan mereka (research) terhadap kepentingan. Sebagai contoh, admin masuk SL1M adalah untuk sementara waktu sebelum mendapatkan pekerjaan yang tetap. Admin terlebih dahulu search/ mencari kelebihan/ benefit jikalau masuk SL1M. Disitu admin akan mendapat jawapan kenapa perlu mencari peluang kerja lain selain SL1M. hehehe...(malas nk explain, please research for any info about SL1M) yang paling penting adalah cari maklumat selepas menengikuti program SL1M, mungkin anda akan dapat jawapanya nanti. 

Ketiga adalah Matlamat. Matlamat merupakan mengelolakan satu corak dengan tujuan menyelesaikan masalah atau mendapatkan sesuatu perkara. Iaitu, kita perlu merancangan pergerakan untuk mendapatkan hasil yang diingini. Matlamat adalah sangat penting dalam hidup seseorang. Dalam SL1M, mungkin seseorang mempunyai matlamat yang berbeza. Ini adalah contoh matlamat yang admin sempat temubual..hihihi

1- Mengisi masa lapang
2- Kerja sementara sebelum dapat kerja tetap
3- Kerja sementara dapat sambung study
4- Tiada pilihan
5- Confident dapat kerja disini...hihi (over)

Last word.!! apa-apa pun pendapat, pandangan dan matlamat seseorang, yang penting berdoa dan percaya kepada rezeki dan takdir, Inn Shaa Allah ada rezeki disitu...

Sekian, Terima kasih. 




Comments

Popular posts from this blog

SOALAN YANG SERING DI TANYA

1. Apa itu SL1M? Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) merupakan peluang pekerjaan khas untuk graduan baru/menganggur. Program ini meningkatkan kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapatkan pekerjaan dengan kerjsama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR)  2. Apa syarat-syarat untuk menyertai SL1M? A- Graduan berwarganegara Malaysia B- Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan meneirma Ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan.  C- Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima D- Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dan ke atas E- Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan malaysia atau selain daripada kerajaan malaysia F- Keutamaan diberikan kepada graduan luar bandar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah 3....

Menu & Lokasi Makanan Yang Menarik diSekitar PNB

TOP 10 menu & lokasi yang menarik yang perlu PELATIH SL1M PNB cuba------Selamat Mencuba! 1) A yam Kunyit --- Food Court PNB Darby Park 2) Nasi Ayam special-- Food Court PNB Darby Park 3) Nasi Arab-- Bersebelahan Tabung Haji 4) Nasi Bawang-- Bersebelahan Tabung Haji 5) Nasi Kukus Ayam Berempah-- Food Court PNB Darby Park 6) Laksa Peneng-- Depan Bangunan Tabung Haji (food track) 7) Daging Black Paper-- Depan Bangunan Tabung Haji (food track) 8) Nasi Lemak-- Bersebelahan LRT Ampang Park dan berdekatan dengan CIMB   9) Nasi Goreng Special-- Tingkat 40 Menara PNB  10)  Tau Fu Fa-- Van Biskut depan pintu masuk Menara PN B

FEDERATION OF INVESTMENT MANAGERS MALAYSIA (FIMM)

Good Luck kepada semua calon FiMM yang mengambil test bagi SL1M PNB 2016/2017