Skip to main content

HUKUM PELABURAN ASB/ASN























Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam satu kenyataan merupakan satu perkara IJTIHAD yang mana keputusan hukum yang dikeluarkan adalah berpandukan Ijtihad Jama'i. Ini bermakna keputusan hukum yang dikeluarkan telah mengambilkira pandangan dan persetujuan semua ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Mufti, ahli pakar dalam bidang akidah, fiqh, hadith dan tafsir, muamalat dan sains dan berdasarakn kajian pakar ekonomi islam serta penjelasan terperinci oleh pengurusan PNB dan Majlis Penasihat Syariah PNB.

ASB/ASN merupakan perkara yang bersifat ijtihad, percanggahan pendapat jarang sekali dapat dielakan lebih-lebih lagi kerana adanya khilaf ulamak, ataupun percanggahan pendapat antara ulama' mengenai isu yang dibincangkan ini.


Sepertimana Sabda Rasulullah S.A.W:

"Apabila seorang hakim itu menghukum lalu dia berijtihad kemudian menepati kebenaran, baginya dua pahala. Dan apabila dia menghukum lalu berijitihad kemudian menyalahi kebenaran, baginya satu pahala"

Riwayat Bukhari dan Muslim.

Adab berbeza pandangan 

Perbezaan pandangan dalam isu khilafiyah perlu diuruskan sebaik mungkin agar tidak menjadi isu yang menjadi perbalahan dan akhirnya menimbulkan keresahan dan memecah belahkan umat islam. Pihak Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri menyarankan supaya sekiranya ada sebarang perbezaan dalam penentuan hukum, ia perlulah dibincangkan terlebih dahulu dengan pihak yang diberi autoriti supaya mendapat mengelak daripada timbulnya keresahan pada masyarakat.

Malahan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) sendiri sudah bertemu dan membincangkan mengenai hukum pelaburan dalam ASB/ASN dan kedua-duanya mengambil pendekatan menghormati dan menerima keputusan Harus yang difatwakan.

Kedua-dua institusi berkenaan memahami peranan masing-masing dan tidak timbul isu mengenai pihak mana lebih berautoriti dalam menentukan hukum. Justeru perbezaan ini sewajarnya diraikan dan bukanya menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan masyarakat sehingga hilangnya rasa hormat terhadap hukum dan pandangan yang dikeluarkan.

Dalam Islam, semua pihak sewajarnya menghormati perbezaan pandangan yang ada supaya masyarakat berasa yakin dan tidak terus-terusan berada dalam keresahan.

Sumber: Amanah Saham Nasional Berhad

Comments

Popular posts from this blog

SOALAN YANG SERING DI TANYA

1. Apa itu SL1M? Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) merupakan peluang pekerjaan khas untuk graduan baru/menganggur. Program ini meningkatkan kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapatkan pekerjaan dengan kerjsama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR)  2. Apa syarat-syarat untuk menyertai SL1M? A- Graduan berwarganegara Malaysia B- Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan meneirma Ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan.  C- Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima D- Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dan ke atas E- Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan malaysia atau selain daripada kerajaan malaysia F- Keutamaan diberikan kepada graduan luar bandar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah 3....

Menu & Lokasi Makanan Yang Menarik diSekitar PNB

TOP 10 menu & lokasi yang menarik yang perlu PELATIH SL1M PNB cuba------Selamat Mencuba! 1) A yam Kunyit --- Food Court PNB Darby Park 2) Nasi Ayam special-- Food Court PNB Darby Park 3) Nasi Arab-- Bersebelahan Tabung Haji 4) Nasi Bawang-- Bersebelahan Tabung Haji 5) Nasi Kukus Ayam Berempah-- Food Court PNB Darby Park 6) Laksa Peneng-- Depan Bangunan Tabung Haji (food track) 7) Daging Black Paper-- Depan Bangunan Tabung Haji (food track) 8) Nasi Lemak-- Bersebelahan LRT Ampang Park dan berdekatan dengan CIMB   9) Nasi Goreng Special-- Tingkat 40 Menara PNB  10)  Tau Fu Fa-- Van Biskut depan pintu masuk Menara PN B

FEDERATION OF INVESTMENT MANAGERS MALAYSIA (FIMM)

Good Luck kepada semua calon FiMM yang mengambil test bagi SL1M PNB 2016/2017