Skip to main content

Posts

Showing posts with the label #PNB

TAHNIAH!..

UNIT AMANAH & REIT (PNB)

PNB merupakan salah satu pengurus aset terkemuka di Malaysia. Mempunyai kepakaran untuk menguruskan pelbagai portfolio yang memberikan pulangan kompetitif kepada pemegang unit dan memastikan kepentingan pelabur kami dilindungi pada setiap masa.  PNB mempunyai pengalaman lebih daripada 35 tahun dan rekod prestasi yang terbukti dalam menguruskan pelbagai aset pelaburan yang terdiri daripada ekuiti dan hartanah di peringkat domestik dan antarabangsa. Pasukan pelaburan profesional yang berdedikasi sentiasa berusaha untuk memperkenalkan produk-produk baru dan memastikan pelaburan yang dibuat memberikan pulangan yang kompetitif. Sebagai pemain utama dalam industri unit amanah, PNB telah mengukuhkan reputasinya sebagai sebuah institusi yang layak menggerakkan dan menguruskan dana rakyat. Penyertaan lebih daripada 11.6 juta pemegang akaun dalam produk yang kami tawarkan mencerminkan keyakinan orang ramai terhadap prestasi dan kebolehan PNB.  Kejayaan ini telah dicapa...

PERJUMPAAN BERSAMA TAN SRI ABDUL WAHID OMAR

PERMODALAN NASIONAL BERHAD

Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai alat penting Dasar Ekonomi Baru Kerajaan untuk menggalakkan pemilikan saham dalam sektor korporat di kalangan Bumiputera, dan memberi peluang kepada golongan profesional Bumiputera yang berkelayakan untuk menyertai pewujudan dan pengurusan harta. PNB telah menjadi sebuah institusi pelaburan terkemuka negara. Sebagai sebuah entiti pelaburan bagi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), fungsi teras PNB adalah untuk menilai, memilih dan memperoleh portfolio saham-saham kukuh dalam syarikat-syarikat berhad yang mempunyai potensi pertumbuhan. Sebagai sebuah organisasi yang mengkhususkan dalam bidang pelaburan, PNB pada dasarnya bertindak sebagai gudang di mana pemilikan saham di dalam syarikat-syarikat berhad ini ditempatkan dalam dana amanah dan dijual kepada pemegang unit dalam bentuk unit-unit yang lebih kecil. Daripada skim unit amanahnya yang pertama iaitu Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) yang dilancarkan p...

PENGERUSI PNB

Ogos 2016, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menerima pelantikan pengurusi baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Tan Sri Abdul Wahid Omar adalah seorang akauntan bertauliah, pernah memegang jawatan di Maybank (2008-2013), selepasan menerajui di Telekom Malaysia (2004-2008) dan pernah mengetuai UEM Group (2001-2004). Tan Sri Abdul Wahid Omar pernah memegang jawatan di Jabatan Perdana Menteri daripada tahun 2013-2016, beliau bertanggungjawab menyelia agensi-agensi kerajaan seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perangkaan, Ekuinas, Talent Corporation, TERAJU dan Yayasan Pendidikan Peneraju Bumiputera. Dengan pengalaman beliau, dilantik sebagai pengurusi baharu bagi meningkatkan lagi matlamat dan visi PNB kearah  un tuk menjadi Firma Pelaburan Distinktif Bertaraf Dunia.  Sumber: 1. Berita harian Online, Khamis 26 Januari 2017. http://www.bharian.com.my/node/178012 2. Wikipedia: https://en...