Skip to main content

PERMODALAN NASIONAL BERHAD





Permodalan Nasional Berhad (PNB)ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai alat penting Dasar Ekonomi Baru Kerajaan untuk menggalakkan pemilikan saham dalam sektor korporat di kalangan Bumiputera, dan memberi peluang kepada golongan profesional Bumiputera yang berkelayakan untuk menyertai pewujudan dan pengurusan harta. PNB telah menjadi sebuah institusi pelaburan terkemuka negara. Sebagai sebuah entiti pelaburan bagi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), fungsi teras PNB adalah untuk menilai, memilih dan memperoleh portfolio saham-saham kukuh dalam syarikat-syarikat berhad yang mempunyai potensi pertumbuhan. Sebagai sebuah organisasi yang mengkhususkan dalam bidang pelaburan, PNB pada dasarnya bertindak sebagai gudang di mana pemilikan saham di dalam syarikat-syarikat berhad ini ditempatkan dalam dana amanah dan dijual kepada pemegang unit dalam bentuk unit-unit yang lebih kecil.

Daripada skim unit amanahnya yang pertama iaitu Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) yang dilancarkan pada 20 April 1981, sehinggalah produk terbarunya iaitu Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) yang dilancarkan pada 2 April 2014, PNB melalui anak syarikat milik penuhnya, Amanah Saham Nasional Berhad, telah memainkan peranan penting dalam membawa anjakan paradigma dan merubah pemikiran rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Bumiputera dalam aspek simpanan, pelaburan dan perancangan kewangan serta cara mereka menilai risiko dan pulangan dalam pelaburan. Sambutan luar biasa rakyat Malaysia daripada setiap lapisan masyarakat dan taraf pendapatan terhadap unit saham amanah PNB membuktikan keupayaan PNB untuk menggembleng lebih daripada 11.6 juta pemegang akaun setakat kini.

Dengan wang dijana daripada pelabur, PNB telah memperoleh banyak syarikat besar dan strategik, dan kebanyakan syarikat-syarikat ini adalah peneraju industri dalam bidang masing-masing seperti kewangan, insurans, perladangan, hartanah, automatif, logistik, infrastruktur, farmasi dan kimia. Bagi meningkatkan lagi nilai pelaburan, PNB melakukan beberapa siri aktiviti korporat, di mana syarikat di bawah portfolio PNB disusun semula, digabung dan diambil alih bagi meningkatkan keberkesanan operasi dan mencapai manfaat sinergi, lantas membolehkan PNB mencapai matlamat untuk pulangan yang konsisten.

Visi

"Untuk Menjadi Firma Pelaburan Distinktif Bertaraf Dunia”

Misi

"Untuk Meningkatkan Kekayaan Ekonomi Masyarakat Bumiputera dan Seluruh Rakyat Malaysia, Demi Kemakmuran Negara”

Comments

Popular posts from this blog

SOALAN YANG SERING DI TANYA

1. Apa itu SL1M? Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) merupakan peluang pekerjaan khas untuk graduan baru/menganggur. Program ini meningkatkan kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapatkan pekerjaan dengan kerjsama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR)  2. Apa syarat-syarat untuk menyertai SL1M? A- Graduan berwarganegara Malaysia B- Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan meneirma Ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan.  C- Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima D- Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dan ke atas E- Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan malaysia atau selain daripada kerajaan malaysia F- Keutamaan diberikan kepada graduan luar bandar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah 3....

FEDERATION OF INVESTMENT MANAGERS MALAYSIA (FIMM)

Good Luck kepada semua calon FiMM yang mengambil test bagi SL1M PNB 2016/2017

Menu & Lokasi Makanan Yang Menarik diSekitar PNB

TOP 10 menu & lokasi yang menarik yang perlu PELATIH SL1M PNB cuba------Selamat Mencuba! 1) A yam Kunyit --- Food Court PNB Darby Park 2) Nasi Ayam special-- Food Court PNB Darby Park 3) Nasi Arab-- Bersebelahan Tabung Haji 4) Nasi Bawang-- Bersebelahan Tabung Haji 5) Nasi Kukus Ayam Berempah-- Food Court PNB Darby Park 6) Laksa Peneng-- Depan Bangunan Tabung Haji (food track) 7) Daging Black Paper-- Depan Bangunan Tabung Haji (food track) 8) Nasi Lemak-- Bersebelahan LRT Ampang Park dan berdekatan dengan CIMB   9) Nasi Goreng Special-- Tingkat 40 Menara PNB  10)  Tau Fu Fa-- Van Biskut depan pintu masuk Menara PN B