Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan kerjasama Kerajaan Malaysia telah menyediakan satu platform bagi lepasan graduan Degree/Bachelor/Ijazah untuk mendapat tempat dan peluang pekerjaan bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan di masa akan datang. Tan Sri Abdul Wahid Omar selaku Chairman PNB yang baharu berkuat kuasa 1 Ogos 2016 telah mengubah landskap dan corak pelaksanaan dengan penstrukturan semula program ke arah pasaran graduan yang lebih dinamik dan berdaya saing.
Program yang mengambil masa selama satu tahun adalah hasil daripada cetus idea Tan Sri Wahid Omar, di mana graduan boleh menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman bagi mendapat tempat di alam pekerjaan selepas tamat pengajian mereka di Universiti/kolej. Program ini dahulunya mengambil masa 6 bulan dan telah berubah menjadi satu tahun iaitu dua bulan adalah Training dan lapan bulan adalah On Jobs Training.
Blog ini adalah satu medium massa bagi menyampaikan maklumat dan info-info terkini berkaitan dengan program. Sehubungan itu, diharapkan blog ini dapat membantu para graduan untuk memperoleh maklumat dan aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung.
Comments
Post a Comment