Skip to main content

Info SL1M


Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) adalah program untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
YAB perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa syarikat yang brsetuju untuk menawarkan latihan dan penempatan pekerjaan kepada graduan yang memerlukan peluang peningkatan kerjaya layak menerima insentif cukai.

Syarikat-syarikat ini boleh mencadangkan program latihan yang bersesuaian yang meliputi kemahiran soft-skills dan latihan dalam kerja untuk satu tempoh maksima setahun.
Kumpulan sasaran program ini adalah :    
(i) graduan ijazah pertama yang menganggur;;
(ii) graduan ijazah pertama yang bekerja dengan jawatan atau gaji yang tidak sepadan dengan kelayakan akademik

 Terma dan Syarat-syarat
Antara terma dan syarat Skim Latihan 1 Malaysia ini adalah seperti berikut:
  • Syarikat mestulah merupakan syarikat yang sah dan terlibat dengan skim latihan serta diiktiraf oleh Unit Perancangan Ekonomi, JPM
  • Program yang Layak untuk ditawarkan mestilah program yang telah diiktiraf oleh Unit Perancangan Ekonomi, JPM di bawah Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M)
  • Modul SL1M Modules - meliputi 2 bulan latihan soft-skill dan minima 6 bulan latihan dalam pekerjaan yang telah dipersetujui dan diendors oleh Unit Perancangan Ekonomi.
  • Syarikat-syarikat yang terpilih ini wajib memastikan semua peserta latihan mendapat pekerjaan yang sesuai seblum tamat tempoh program.

Sumber: http://jtksm.mohr.gov.my/index.php/my/pencari-kerja/skim-latihan-1-malaysia-sl1m


Comments

Popular posts from this blog

SOALAN YANG SERING DI TANYA

1. Apa itu SL1M? Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) merupakan peluang pekerjaan khas untuk graduan baru/menganggur. Program ini meningkatkan kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapatkan pekerjaan dengan kerjsama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR)  2. Apa syarat-syarat untuk menyertai SL1M? A- Graduan berwarganegara Malaysia B- Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan meneirma Ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan.  C- Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima D- Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dan ke atas E- Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan malaysia atau selain daripada kerajaan malaysia F- Keutamaan diberikan kepada graduan luar bandar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah 3....

Menu & Lokasi Makanan Yang Menarik diSekitar PNB

TOP 10 menu & lokasi yang menarik yang perlu PELATIH SL1M PNB cuba------Selamat Mencuba! 1) A yam Kunyit --- Food Court PNB Darby Park 2) Nasi Ayam special-- Food Court PNB Darby Park 3) Nasi Arab-- Bersebelahan Tabung Haji 4) Nasi Bawang-- Bersebelahan Tabung Haji 5) Nasi Kukus Ayam Berempah-- Food Court PNB Darby Park 6) Laksa Peneng-- Depan Bangunan Tabung Haji (food track) 7) Daging Black Paper-- Depan Bangunan Tabung Haji (food track) 8) Nasi Lemak-- Bersebelahan LRT Ampang Park dan berdekatan dengan CIMB   9) Nasi Goreng Special-- Tingkat 40 Menara PNB  10)  Tau Fu Fa-- Van Biskut depan pintu masuk Menara PN B

FEDERATION OF INVESTMENT MANAGERS MALAYSIA (FIMM)

Good Luck kepada semua calon FiMM yang mengambil test bagi SL1M PNB 2016/2017