Skip to main content

LIDAH BERCABANG

Feb 2017- Pernah dengar peribahasa "lidah bercabang"? (Bukannya lidah dekat mulut tu yang bercabang ok!) nanti kau orang cari lah maksud di google, banyak tu!!. Nasihat admin kalau jumpa species macam ini berhati-hatilah. Takut nanti memakan diri. Orang macam ini tidak perlu berkawan. Dalam sesebuah organisasi anda akan mengalami dan merasai situasi bergini. Dihadapan anda sahaja baik, tetapi dibelakang.? Cuma segelintir yang tergolong dalam mulut lidah bercabang. Mereka ini boleh dinamakan PEROSAK sebab akan mengakibatkan perbalahan, pergaduhan dan ketidaksefahaman antara satu sama lain. Sedih, kan? Yang sensaranya kita semua.

Orang seperti ini adalah orang yang tidak mempunyai perasaan dan iri hati yang setinggi langit!. Lidah bercabang ini sebenarnya adalah peribahasa yang dimaksudkan dengan lidah biawak. Sesuai sangat dengan lidah terjelih-jelih tu!..hihi.. Selalunya orang yang lidah bercabang ini, nampak luarannya baik dan sopan (ah!...yg sopan2 tu berjaga-jaga). Katakan dia berborak dengan orang A tentang kisah X, lepas itu, dia cakap dengan orang B tentang kisah X yang telah bertukar versi lain. Tidak ke, pening kalau orang A dan orang B berborak tentang kisah X? hihihi...Ada dua versi yang berlainan tentang kisah X. Mana satu betul pun tidak tahu....ish..ish..Bukan itu satu anaia kepada seseorang?

Motif kenapa ya? sebab mahu nampak diri dia sahaja yang bagus di depan rakan-rakan yang lain. Ada yang suka porak perandakan keaddan, akan rasa tidak puas hati dengan cara ini. Ada juga yang rasa dengki dan jeles sehingga berdendam. Pendek kata, yang tiada motif itu pun ada juga. Tapi semuanya tentulah negetif kan?. Buanglah semua sifat-sifat ini, semakin lama akan memburukan keadaan. Nanti lama kelamaan anda akan kehilangan rakan-rakan sekeliling. Di atas sebab lidah bercabang itu. Sejarah juga telah membuktikan bahawa keruntuhan kebanyakan kerajaan teragung di masa dahulu adalah daripada konflik, perebutan kuasa dan masalah dalaman. 

Apa yang kita patut buat? Paling mudah cuba selidik dahulu cerita berkenaan, sebelum menyebarakan pada orang lain. Jangan mudah terlalu percaya dengan orang lidah bercabang ini. Hadapi situasi gentir yang diwujudkan oleh golangan lidah bercabang ini dengan cara yang rasional dan ada pertimbangan. Lama-kelamaan yang benar akan muncul. Pada masa itu baru dapat tahu langit tinggi atau rendah...hohoho

Kalau dilihat impaknya terlalu besar apabila cerita/ kabar angin berkenaan tersebar di media sosial seperti FB, IG dan sebagainya. Bukan itu satu FITNAH? wow!!. mengucap beb!.. Dosa dengan Allah, boleh kita memohon keampunan, Tetapi dosa dengan manusia? anda perlu meminta keampunan daripada orang tersebut. Sehingga dia memaafkan....Bila sudah sampai tahap ini, memang terlalu bahaya dan berisiko tinggi.

Comments

Popular posts from this blog

SOALAN YANG SERING DI TANYA

1. Apa itu SL1M? Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) merupakan peluang pekerjaan khas untuk graduan baru/menganggur. Program ini meningkatkan kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapatkan pekerjaan dengan kerjsama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR)  2. Apa syarat-syarat untuk menyertai SL1M? A- Graduan berwarganegara Malaysia B- Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan meneirma Ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan.  C- Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima D- Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dan ke atas E- Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan malaysia atau selain daripada kerajaan malaysia F- Keutamaan diberikan kepada graduan luar bandar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah 3. Bagaiman

FEDERATION OF INVESTMENT MANAGERS MALAYSIA (FIMM)

Good Luck kepada semua calon FiMM yang mengambil test bagi SL1M PNB 2016/2017